Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

USM PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN BERSAMA KEELE UNIVERSITY

IMG 20250821 WA0003

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Ogos 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengorak langkah memperkukuh jaringan antarabangsa apabila delegasinya berjaya merasmikan Pusat Maya USM–Keele serta melancarkan Program Doktor Falsafah (PhD) Berkembar bersama Keele University, Staffordshire, United Kingdom dalam satu lawatan rasmi yang berlangsung dari 6 hingga 9 Ogos lalu.

Delegasi USM diketuai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A. Wahab, bersama Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, dan Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) merangkap Penyelaras Pusat Maya USM–Keele, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail.

IMG 20250821 WA0004

Menurut Habibah, pelancaran rasmi program PhD Berkembar dan Pusat Maya USM–Keele menandakan pencapaian bersejarah dalam hubungan akademik kedua-dua universiti.

IMG 20250821 WA0006

“Kolaborasi ini bukan sekadar memperkukuh agenda penyelidikan bersama, tetapi juga memposisikan USM sebagai rakan strategik global yang berdaya saing,” ujarnya.

Sepanjang empat (4) hari lawatan, pelbagai siri mesyuarat strategik telah diadakan, termasuk dengan Naib Canselor Keele University, Profesor Trevor McMillan serta kepimpinan kanan universiti berkenaan.

IMG 20250821 WA0007

Antara agenda utama ialah membincangkan pelaksanaan PhD Berkembar, peluang penyelidikan bersama dalam bidang bioperubatan dan pendidikan perubatan, pengembangan program mobiliti akademik serta perancangan struktur tadbir urus Pusat Maya USM–Keele.

Lawatan ini turut menyaksikan sesi pembentangan penyelidikan bertajuk ‘Next Generation Sustainable Heparin’ oleh Dr. Mark Skidmore serta lawatan ke fasiliti penyelidikan di School of Life Sciences, Keele University.

IMG 20250821 WA0008

Hasil daripada lawatan ini, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk memohon geran penyelidikan antarabangsa secara bersama, memperluas program mobiliti staf dan pelajar serta merangka pelan strategik tiga (3) tahun bagi kolaborasi akademik dan penyelidikan.

Sejak 2015, USM dan Keele University telah menjalinkan hubungan erat melalui kerjasama penyelidikan, pertukaran akademik serta mobiliti pelajar.

Lawatan rasmi kali ini menjadi pemangkin kepada era baharu kerjasama lebih sistematik dan mampan di peringkat antarabangsa.

IMG 20250821 WA0008

Dengan kejayaan ini, USM sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memperkukuh kedudukan sebagai universiti bertaraf global serta hab rujukan akademik dan penyelidikan transdisiplin.

Teks & Foto: Profesor Madya Dr. Aziah Ismail, INFORMM, USM

  • Hits: 147