Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PROJEK PPRN USM – BUKTI KEJAYAAN KERJASAMA INDUSTRI – AKADEMIA

Universiti Sains Malaysia menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Public-Private Research Network (PPRN) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, YBrs. Prof. Dr. Habibah A. Wahab, dalam lawatan tapak ke projek industri yang berjaya dilaksanakan hasil pembiayaan PPRN.

571271178 1333203812179698 7129169933768131947 n

Projek bertajuk “Customized Automated Spraying Process of Fireproof Beacon with Machine Vision Inspection System” ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Firdaus Akbar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, USM. Projek tersebut dilaksanakan bersama syarikat AMC Cincaria Sdn Bhd, dengan objektif meningkatkan kecekapan proses penyemburan produk isyarat keselamatan kalis api melalui integrasi automasi dan sistem penglihatan mesin (machine vision).

572042895 1333204295512983 5583226139460835177 n

Melalui pembangunan sistem ini, proses penyemburan dan pemeriksaan kualiti dapat dijalankan secara automatik dan seragam, sekaligus mengurangkan tenaga pekerja dan ralat operasi, meningkatkan keselamatan operasi, serta menjimatkan masa dan kos pengeluaran.

571353408 1333203802179699 5385350540104131394 n

Teknologi ini juga membolehkan penilaian visual masa nyata untuk memastikan kualiti produk yang konsisten sebelum dikeluarkan ke pasaran.

572339347 1333203362179743 8768873236904153672 n

Lawatan ini menunjukkan komitmen KPT dan USM dalam memperkukuh ekosistem inovasi serta memperluas impak penyelidikan akademia kepada industri, khususnya dalam mendokong agenda Industri 4.0 negara. Kejayaan projek ini juga membuktikan bahawa kolaborasi universiti–industri mampu menjana penyelesaian berimpak tinggi yang relevan dengan keperluan semasa industri tempatan.

573940411 1333205058846240 5716981528405670490 n

  • Hits: 168