APPLICATION FORM
GUIDELINES
PENGENALAN
DEFINISI
Merangkumi semua seperti persidangan, seminar, simposium, kongres, kolokium, forum yang berkaitan dengan penyelidikan sebagai pembentang oral, poster, penceramah undangan, panel, pengerusi panel dan peserta.
Bermaksud perjalanan bagi tujuan penyelidikan seperti lawatan rasmi, menjalankan penyelidikan, mesyuarat, perbincangan, rundingan dan sebagai wakil universiti/delegasi dalam tempoh kurang dari 14 hari.
Bermaksud geran penyelidikan yang terdapat dan diuruskan oleh Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia seperti berikut:
1. Akademik
2. APEX Young
3. APEX ERA
4. Dana Inovasi Awal
5. GIPS (Insentif Pembangunan Siswazah-PHD)
6. RUI Khas USM (Pemadanan Pertubuhan & Universiti Antarabangsa)
7. RUI COVID
8. Libatsama Komuniti
9. Penerbitan Buku
10. RUTrans GC
11. RU Top-Down
12. RUTrans
13. RUI
14. RUTeam
15. USM Jangka Pendek
16. USM-Industri (Pemadanan USM-Industri)
17. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
|
18. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)
19. Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)
20. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)
21. Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan KKP
22. Geran Pasca Covid-19
23. MyPAIR Hibiscus
24. MYPAIR - UK
25. Newton Disease
26. Newton MUON
27. Geran Penyelidikan Translational Research KPT
28. MRUN-LRGS
29. SATREPS
30. Geran Public-Private Research Network PPRN
31. ScienceFund (MOSTI)
32. International Collaboration Fund (ICF) (MOSTI)
33. Geran Dana R&D (MOSTI)
34. Geran Agensi Luar
|
KRITERIA PERMOHONAN
NILAI BANTUAN
Tabung Persidangan Luar Negara (TPLN)
Bantuan kewangan yang boleh dipertimbang serta diluluskan adalah dalam bentuk subsidi seperti berikut:
Yuran persidangan yang ditetapkan oleh pihak penganjur atau sebagainya.
Bantuan perjalanan yang termurah dan terdekat. Penerbangan udara dengan kelas ekonomi sahaja.
Penginapan adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti seperti dalam Lampiran A.
Subsisten adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti seperti dalam Lampiran A.
Pemohon boleh mendapatkan wang pendahuluan melalui Jabatan Bendahari dengan mengisi borang berkaitan dan dilampirkan bersama dengan surat/catatan kelulusan daripada Bahagian Penyelidikan & Inovasi dan Ketua Setiausaha (KSU).
Tempahan tiket penerbangan adalah melalui agensi penerbangan yang berdaftar dengan Universiti Sains Malaysia sahaja. Penggunaan syarikat penerbangan selain dari MAS, Firefly dan Air Asia perlu mendapat kelulusan terus daripada Naib Canselor.
Urusan mendapatkan visa adalah tanggungjawab pemohon. Bahagian Penyelidikan & Inovasi akan membantu menyediakan surat sokongan bagi memudahkan urusan dalam perkara ini.
Perlindungan insuran adalah ditanggung oleh pihak Universiti Sains Malaysia atau melalui geran penyelidikan.
Semua tuntutan hendaklah dimajukan ke Bahagian Penyelidikan & Inovasi selewatnya 14 hari selepas tarikh kembali bersama dengan surat kelulusan pembiayaan daripada Bahagian Penyelidikan & Inovasi dan surat kelulusan perjalanan daripada KSU.
Perbelanjaan menggunakan geran penyelidikan adalah mengikut syarat yang ditetapkan penaja geran, kadar kelayakan pemohon dan juga tertakluk kepada baki peruntukan semasa geran.
Pemohon boleh mendapatkan wang pendahuluan melalui Jabatan Bendahari dengan mengisi borang berkaitan dan dilampirkan bersama dengan surat/catatan kelulusan daripada Bahagian Penyelidikan & Inovasi dan Ketua Setiausaha (KSU).
Tempahan tiket penerbangan adalah melalui agensi penerbangan yang berdaftar dengan Universiti Sains Malaysia sahaja. Penggunaan syarikat penerbangan selain dari MAS, Firefly dan Air Asia perlu mendapat kelulusan terus daripada Naib Canselor.
Urusan mendapatkan visa adalah tanggungjawab pemohon. Bahagian Penyelidikan & Inovasi akan membantu menyediakan surat sokongan bagi memudahkan urusan dalam perkara ini.
Perlindungan insuran adalah ditanggung oleh pihak Universiti Sains Malaysia atau melalui geran penyelidikan
Semua tuntutan perbelanjaan hendaklah dihantar terus ke Jabatan Bendahari melalui perakuan PTJ masing-masing bersama dengan surat kelulusan pembiayaan daripada Bahagian Penyelidikan & Inovasi dan surat kelulusan perjalanan daripada KSU.
TEMPOH PERJALANAN
KERTAS KERJA PEMBENTANGAN
PEMBATALAN PERMOHONAN
MAKLUMAT TAMBAHAN
TATACARA PERMOHONAN
FLOW CHART
All Rights Reserved©R&I