SESI TAKLIMAT DAN PROGRAM PROMOSI PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (2.0) FASA 1 TAHUN 2024 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan telah membuka permohonan baharu bagi Public-Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 1 Tahun 2024.
Sehubungan itu, satu Sesi Taklimat dan Program Promosi Public-Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 1 Tahun 2024 akan diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian input berkenaan permohonan Geran kepada semua Penyelidik. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh |
: |
19 Januari 2024 [ Jumaat ] |
Masa |
: |
10.00 pagi sehingga 11.30 pagi |
Pautan |
: |
|
Meeting Number |
: |
2518 533 1086 |
Kata Laluan |
: |
PPRNUSM |
Penceramah |
: |
YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Awanis Binti Hashim Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
Seksyen Penyelidikan & PPRN
|
Mohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk memaklumkan kehadiran ke taklimat ini melalui pautan atau kod QR seperti berikut selewat-lewatnya pada 18 Januari 2024 (Khamis), jam 5.00 petang.
Sila klik pautan atau imbas Kod QR
https://forms.office.com/r/dtV14rmzsn
Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk hadir ke Taklimat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 1369