TAKLIMAT PEMBUKAAN PERMOHONAN PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) ATAU PPRN 2.0 FASA 2 TAHUN 2023
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan Public-Private Research Network (PPRN), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek Public Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 2 Tahun 2023, bermula pada 13 Jun 2023 sehingga 14 Julai 2023.
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Taklimat Geran Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) Fasa 2 Tahun 2023 Peringkat KPT seperti butiran berikut:Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa) Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang Pelantar : Zoom Meeting (atas talian) Pautan : https://ukm-edu-my.zoom.us/j/96830732360?pwd=WjhQUWFLbFl3eFp3cWVJL2p6N3dnZz09
INOVASI@UKM™ yakin dengan inisiatif ini dapat membantu para penyelidik seluruh negara dan wakil syarikat memahami objektif geran PPRN serta kaedah pengisian borang permohonan menerusi sistem portal PPRN yang diperkenalkan pada tahun lepas. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./tuan/puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
- Hits: 439