JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT DAN TIPS BAGI PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN KOLABORATIF (GPK) - SATREPS

Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah membuka permohonan bagi program Science And Technology Research Partnership For Sustainable Development (SATREPS FY2027).
Sehubungan itu, satu Sesi Taklimat akan diadakan bertujuan sebagai platform untuk mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai penyediaan permohonan Geran Penyelidikan Kolaboratif (GPK) - SATREPS yang berkualiti. Taklimat ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
|
Tarikh
|
:
|
4 Ogos 2026 [ Selasa ]
|
|
Masa
|
:
|
10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
|
|
Pautan
|
:
|
|
|
Kata Laluan
|
:
|
SATREPSUSM
|
|
Penceramah
|
:
|
YBrs. Profesor Dr. Fauziah Ahmad
Panel Penilai
Geran Penyelidikan Kolaboratif
SATREPS, KPT
|
Sehubungan itu, Pejabat RCMO ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan mengikuti program tersebut yang akan dilaksanakan secara dalam talian. Mata CPD Fungsian (Penyelidikan) akan diberikan kepada peserta sasaran (Staf Akademik / Pegawai Penyelidik /Pegawai Sains - Gred 9 hingga VK) yang menyertai program ini.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk hadir ke Taklimat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 326