JEMPUTAN KE MODUL LATIHAN WIBAWA (BERSEMUKA) - LIBRARY RESEARCH TOOLKIT : UNLOCKING ePERPUSTAKAAN

Sukacita dimaklumkan, Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan (RCMO) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) akan menganjurkan Siri Bengkel Penulisan Akademik/Saintifik : Kursus Pangkalan Data di bawah Modul Latihan WIBAWA 2026 bagi tujuan meningkatkan kecemerlangan penyelidikan universiti seperti ketetapan berikut :
|
Tajuk Kursus
Jurulatih
|
:
:
|
Library Research Toolkit : Unlocking ePerpustakaan
Puan Husriati Hussain
Timbalan Ketua Pustakawan
Seksyen Pengurusan Perkhidmatan
Perpustakaan Hamzah Sendut
Universiti Sains Malaysia
Puan Tuan Sira Zawana Tuan Yaakub
Ketua Bahagian Pustakawan
Bahagian Rujukan & Sokongan Akademik
Perpustakaan Hamzah Sendut
Universiti Sains Malaysia
|
|
Tarikh
|
:
|
06 Ogos 2026 (Khamis)
|
|
Masa
|
:
|
09:00 am – 04:45 pm
|
|
Tempat
|
:
|
Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan TORAY - USM, Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia
|
|
Objektif Kursus
|
:
|
Latihan ini bertujuan membantu peserta mengenalpasti dan mengakses sumber saintifik yang bersesuaian dengan keperluan penyelidikan, memanfaatkan perkhidmatan sokongan penyelidikan perpustakaan secara berkesan untuk memantapkan aliran kerja penyelidikan serta meningkatkan keterlihatan dan impak hasil penyelidikan melalui penggunaan platform profil penyelidik secara strategik.
|
|
Sasaran Peserta
|
:
|
- Staf Akademik (Termasuk Guru Bahasa), Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains
(Gred 9 -15)
|
|
Keperluan Latihan
|
:
|
Semua peserta perlu membawa komputer riba (laptop) dengan capaian internet & akses ke sistem perpustakaan USM untuk log masuk pangkalan data.
|
Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput pihak YBhg. Dato’Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk mengikuti program tersebut. Tempat adalah terhad. Sila lakukan pendaftaran kehadiran dan pilih kursus ini melalui Kalendar & Permohonan MyCPD di Campus Online https://campusonline.usm.my
Dilampirkan poster dan tentatif untuk rujukan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami pada talian 04-653 6568 (ainna.talib@usm.my)/ 04-653 3730 (zanna@usm.my).
Sekian, terima kasih.
- Hits: 72