Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) 2.0 FASA 3 BAGI TAHUN 2026: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

eposter JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT PERMOHONAN PROJEK PPRN 2.0 FASA 3 BAGI TAHUN 2026 USM

Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan telah membuka permohonan baharu bagi Public-Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 3 Tahun 2026.

Sehubungan itu, satu Sesi Taklimat akan diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian input berkenaan permohonan Projek PPRN kepada semua Penyelidik. Taklimat ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:  

Tarikh
:
27 Julai 2026 [ Isnin ]
Masa
:
3.15 petang sehingga 4.15 petang
Pautan
:
Kata Laluan
:
PPRNUSM
Penceramah
:
YBrs. Dr. Wan Nor Aishah Binti Wan Omar
Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar dan Penyelidikan,
Seksyen Penyelidikan & PPRN

Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk hadir ke Taklimat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

<<GARIS PANDUAN PPRN>>

  • Hits: 161