TAKLIMAT PERMOHONAN DANA INOVASI SOSIAL TAHUN 2026

Seperti mana pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, permohonan Dana Inovasi Sosial Tahun 2026, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dibuka mulai 26 Januari 2026 dan telah dibuat hebahan kepada semua penyelidik pada 27 Januari 2026. Sehubungan itu, satu sesi taklimat khusus kepada semua penyelidik yang berminat untuk memohon geran ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
|
Tarikh : 3 Februari 2026 (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Penceramah : Professor Ruslan Rainis (Ketua Panel Dana Inovasi Sosial)
Pn Najwa Mokhtar (Wakil dari Ventrex – Perusahaan Sosial)
Platform : Secara dalam talian di pautan webex
|
Justeru, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri sesi ini. Kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk untuk memberikan pengesahan kehadiran dengan mengimbas kod QR seperti di bawah atau di pautan https://forms.gle/7MBHdfFZ3CxrgK6F7 selewat-lewatnya 2 Februari 2026 (Isnin).
Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 567