SESI TAKLIMAT PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) 2.0 FASA 1 BAGI TAHUN 2026 : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan telah membuka permohonan baharu bagi Public-Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 1 Tahun 2026.
Sehubungan itu, satu Sesi Taklimat Permohonan Public-Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 1 Tahun 2026 akan diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian input berkenaan permohonan Projek PPRN kepada semua Penyelidik. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
|
Tarikh
|
:
|
22 Januari 2026 [ Khamis ]
|
|
Masa
|
:
|
11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
|
|
Pautan
|
:
|
|
|
Kata Laluan
|
:
|
PPRN2026
|
|
Penceramah |
: |
Dr. Rathidevi A/P A. Ramasamy
Ketua Penolong Setiausaha Kanan
Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
Seksyen Penyelidikan & PPRN
|
Mohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk memaklumkan kehadiran ke taklimat ini melalui pautan atau kod QR seperti berikut selewat-lewatnya pada 21 Januari 2026 (Rabu), jam 5.00 petang.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk hadir ke Taklimat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 120