HEBAHAN SESI 1 INTERAKSI MAYA : TIPS PENYEDIAAN PERMOHONAN GERAN RUTEAM TAHUN 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi akan menganjurkan Sesi 1 Interaksi Maya secara dalam talian melalui aplikasi webex.
Sehubungan dengan itu, dengan penuh takzim pihak RCMO mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan mengikuti sesi interaksi maya tersebut seperti ketetapan berikut:
Tajuk |
: |
Tips Penyediaan Permohonan Geran RUTeam Tahun 2025 |
Tarikh |
: |
5 Mei 2025 (Isnin) |
Masa |
: |
9:00 pagi - 10:00 pagi |
Meeting link |
: |
https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=m2a57510b60a22cd1f25a0b200aedb2e6 |
Meeting number |
: |
2518 110 0526 |
Password |
: |
RUTeam2025 |
Bersama-sama ini dilampirkan poster jemputan untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan. Maklum balas kehadiran boleh dibuat melalui pautan: https://forms.office.com/r/sX2nTsKaxT atau mengimbas QR Code di poster selewat-lewatnya pada 4 Mei 2025 jam 4.00 petang.
Kesudian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan untuk hadir amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 40