TAKLIMAT PERKONGSIAN UNTUK PERMOHONAN PROGRAM KONSORTIUM KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN (KKP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) TAHUN 2025
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan baharu bagi program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2025 mulai 3 Mac 2025.
Sehubungan itu, Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) akan mengadakan satu Sesi Taklimat Perkongsian untuk Permohonan Program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) Tahun 2025 bersama peyelidik universiti.
Butiran bagi Sesi Taklimat adalah seperti berikut:
Taklimat Perkongsian untuk Permohonan Program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) Tahun 2025 | ||
---|---|---|
Tarikh |
: |
13 Mac 2025 [ Khamis] |
Masa |
: |
10 pagi - 12.00 tengah hari |
Penceramah |
: |
Profesor Dato' Dr. Mohamed Isa Abd Majid Panel Penilai KKP Peringkat KPT |
Pautan |
: |
Bersama-sama ini turut dimajukan dua puluh enam (26) bidang nic yang dikenal pasti oleh KPT sebagai rujukan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr. untuk permohonan KKP.
Mohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr. untuk memberikan maklum balas kehadiran melalui kod qr dan pautan seperti butiran di bawah sebelum atau pada 12 Mac 2025 jam 4.00 petang.
https://forms.office.com/r/0JUnnvVZ4A
Kesudian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr. untuk hadir ke Sesi Taklimat ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 48