Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

SESI TAKLIMAT DAN PROGRAM PROMOSI PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK PPRN 2.0 BAGI FASA 2 TAHUN 2024

eposter SESI TAKLIMAT DAN PROGRAM PROMOSI PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK PPRN 2.0 BAGI FASA 2 TAHUN 2024

Seperti YBhg. Datuk/ Dato’ / Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akan mengadakan satu Sesi Taklimat dan Program Promosi PPRN 2.0 Fasa 1 Tahun 2024 bersama Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh   :  12 Jun 2024 [ Rabu ] 
Masa   : 2.30 petang sehingga 4.00 petang 
Medium   :  Atas talian (WEBEX)
Pautan  : http://bit.ly/3RgUM3h
Penceramah  :
YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Nur Awanis binti Hashim
Timbalan Setiausaha Bahagian
Seksyen Penyelidikan & PPRN
 
Sesi Taklimat dan Program Promosi ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan perkongsian bersama penyelidik yang berhasrat untuk membuat dan menghantar permohonan Projek PPRN 2.0 bagi Fasa 2 Tahun 2024 yang telah dibuka ini.
 
Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato’ / Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri Sesi Taklimat dan Program ini secara atas talian dan memberikan maklum balas kehadiran melalui pautan atau Kod QR seperti berikut selewat-lewatnya pada 11 Jun 2024 (Selasa), jam 2.00 petang.
 
QR_CODE_PPRN_2.0_2024.png
 
Sila klik pautan atau imbas Kod QR
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung Sesi Taklimat dan Program ini, YBhg. Datuk/ Dato’ / Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan boleh emelkan kepada irnisyuhada@usm.my dan noorshaheeda@usm.my.
 
Segala perhatian dan kerjasama baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’ / Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan berkaitan perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
 
  • Hits: 297