JEMPUTAN KE RESEARCHER COMPETENCY PROGRAMME (RCP) : PERGERAKAN DALAM PENYELIDIKAN : MERENTAS R (RESEARCH), D (DEVELOPMENT), I (INNOVATION), C (COMMERCIALISATION) & E (ECONOMY)
Dimaklumkan bahawa, Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) akan menganjurkan satu sesi ceramah untuk membawa penyelidik USM bergerak daripada penyelidikan berbentuk fundamental kepada yang mempunyai kepentingan kepada negara dan seterusnya mempunyai nilai komersial. Landskap penyelidikan sekarang tidak lagi hanya menekankan kepada penyelidikan yang bersifat fundamental, tetapi pembangunan penyelidikan serta inovasi yang terhasil perlu bergerak kepada komersialisasi & ekonomi. Pemahaman mendalam terhadap konsep Research, Development, Innovation, Commercialisation & Economy (RDICE) ini dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti penyelidik Universiti.
Oleh yang demikian, Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) telah menjemput Puan Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akademi Sains Malaysia sebagai penceramah utama untuk berkongsi kepakaran beliau terhadap RDICE dan bagaimana penyelidik USM boleh membina strategi untuk melakukan penyelidikan yang lebih berimpak.
Sehubungan dengan itu pihak RCMO berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof.Madya/Dr./tuan/puan menghadiri program RCP ini seperti ketetapan berikut:
Tarikh |
: |
16 November 2023 (Khamis) |
Masa |
: |
10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Tempat |
: |
Dewan Bankuet, Aras 1, Canselori II Kampus Induk, USM |
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mendaftar kehadiran melalui pautan ini https://forms.office.com/r/LWNHW2JQ6v atau Kod QR dalam poster yang dilampirkan selewat-lewatnya pada 15 November 2023 (Rabu) untuk tindakan kami selanjutnya. Penyertaan ini adalah terhad kepada 50 peserta terawal yang telah mendaftar dan mata CPD akan diberikan kepada staf USM yang hadir ke program ini.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan atas kesudian menerima dan meluangkan masa bagi memenuhi jemputan ini.
Sekian.
- Hits: 513