Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) TAHUN 2024 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT)

PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) TAHUN 2024 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT)

eposter PRGS 2024

Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Tahun 2024 di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) mulai 22 Januari 2024 hingga 15 Februari 2024 melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my.

Permohonan PRGS Tahun 2024 adalah berdasarkan kepada tujuh (7) domain penyelidikan berikut:

(a)          Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
(b)          Teknologi dan Kejuruteraan (TK);
(c)          Sains Tulen dan Gunaan (STG);
(d)          Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);
(e)          Sains Sosial (SS);
(f)           Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan
(g)          Warisan Alam dan Budaya (WAB).

Jumlah peruntukan (siling) adalah terhad kepada RM500,000.00 bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan yang dibenarkan adalah satu (1) atau dua (2) tahun bagi Geran PRGS Tahun 2024. Peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan. Permohonan yang dikemukakan juga mestilah memenuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2024) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa.

Setiap permohonan juga perlu menepati syarat-syarat seperti berikut:

Pemohon

(a) Pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik di dalam sistem MyGRANTS (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC sebelum mengemukakan permohonan. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap; dan

(b) Pemohon yang merupakan Ketua Projek bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu diwajibkan mengemaskini dan melengkapkan Laporan Prestasi/ Laporan Akhir dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS.

Adalah diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan mestilah berkualiti, lengkap, mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan atau Institusi yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan. 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh emelkan kepadairnisyuhada@usm.mydannoorshaheeda@usm.my.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

  • Hits: 227

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my