Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • BORANG TINJAUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI 2023 BAGI PROGRAM PENYELIDIK BERSAMA MENTOR

BORANG TINJAUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI 2023 BAGI PROGRAM PENYELIDIK BERSAMA MENTOR

 

Seperti mana YBrs Prof. Madya/Dr sedia maklum, Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) telah membuka pelawaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan RUTransdisiplinari Tahun 2023 bermula November 2023 sehingga Januari 2024.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menjayakan program ini bagi menarik minat para penyelidik USM yang berkelayakan untuk mendapat pemahaman yang jelas untuk menjawab panggilan kertas kerja dengan tepat dan jelas. Landskap penyelidikan sekarang tidak lagi hanya menekankan kepada penyelidikan yang bersifat fundamental, tetapi pembangunan penyelidikan serta inovasi yang terhasil perlu bergerak kepada komersialisasi & ekonomi. 

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan program penyelidikan ini berjaya, pihak RCMO akan mengadakan “Program Penyelidik Berpotensi bersama Mentor yang berkepakaran dari pelbagai bidang untuk memberikan bimbingan khusus dalam menghasilkan program penyelidikan yang berkualiti dan memberi impak kepada pemegang taruh sebagai rakan kolaborasi dan juga mempunyai kepentingan kepada negara dan seterusnya mempunyai nilai komersial. 
 
Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya, pihak kami memohon jasa baik YBrs. Prof. Madya/Dr. untuk mengisi BORANG TINJAUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI 2023 BAGI PROGRAM PENYELIDIK BERSAMA MENTOR selewat-lewatnya pada 22/1/2024. Tujuan pengisian borang ini adalah sebagai persediaan awal untuk mengenalpasti pemohon (ketua program dan ketua subprojek) yang telah dikenalpasti berserta mentor pilihan bagi tujuan program tersebut. 
Segala kerjasama dan perhatian daripada YBrs Prof. Madya/Dr. dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Link Permohonan : https://forms.office.com/r/ZyffPh0Ab7?origin=lprLink

QR Code :  BORANG TINJAUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI 2023

  • Hits: 55

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my