Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • HEBAHAN GERAN PENYELIDIKAN MELALUI KOORDINATOR DANA PENYELIDIKAN HARTA TANAH NEGARA (NAPREC), JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

HEBAHAN GERAN PENYELIDIKAN MELALUI KOORDINATOR DANA PENYELIDIKAN HARTA TANAH NEGARA (NAPREC), JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

eposter DANA NAPREC

Institut Penilaian Negara (INSPEN) adalah Koordinator/Penyelaras dalam penyelidikan harta tanah yang dikenali sebagai National Real Estate Research Coordinator (NAPREC) bermula sejak tahun 2002. Sebagai koordinator, INSPEN berperanan sebagai penyelaras dan pengurus dana penyelidikan harta tanah.

Sukacita dengan ini, INSPEN ingin mempelawa para penyelidik yang berminat untuk mengemukakan permohonan geran penyelidikan di dalam bidang harta tanah. Untuk makluman pihak tuan, permohonan geran penyelidikan ini terbuka kepada IPTA, IPTS dan kolaborasi bersama dengan pemain industri. Tempoh penyelidikan adalah 1 tahun. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang boleh memberi impak kepada pembangunan harta tanah negara, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Penilaian Harta Tanah.

Adalah dimaklumkan permohonan perlu merujuk kepada cadangan Topik Penyelidikan yang dilampirkan dalam Lampiran B. Tarikh tutup permohonan adalah 4 Januari 2024.

Setiap permohonan mestilah melalui Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) universiti masing-masing. Mohon pihak tuan layari web INSPEN di http://www.inspen.gov.my dan muat turun perkara berikut:

  1.   Garis panduan NAPREC,
  2.   Borang permohonan geran;

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak sekretariat seperti berikut:

  • Norain binti Abdul Hamid (03-8911 1128)
  • Mohd Sharil Bin Razali (03-8911 8618)
  • Haryani binti Hamzah (03-8911 8629)
  • Email : naprec@inspen.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap dan mengikut format hendaklah dihantar pada atau sebelum 4 Januari 2024 secara email seperti emel yang dinyatakan di atas. 

Sekian, terima kasih.    

  • Hits: 154

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my