Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Event
  • TAKLIMAT CALLS FOR PROPOSALS SIRI 1/2023 : PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TRANSDISIPLINARI (RUTRANS) 2023

TAKLIMAT CALLS FOR PROPOSALS SIRI 1/2023 : PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TRANSDISIPLINARI (RUTRANS) 2023

eposter TAKLIMAT CALLS FOR PROPOSALS SIRI 1 2023 PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TRANSDISIPLINARI RUTRANS 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) akan mengadakan Sesi Taklimat secara bersiri bagi setiap Calls for Proposals yang telah dibangunkan bagi Permohonan RUTrans 2023 yang telah dibuka mulai 1 November 2023 sehingga 31 Januari 2024.

Tujuan ceramah ini diadakan adalah bagi membolehkan panel berkepakaran yang telah membangunkan Calls for Proposals RUTrans 2023 berkongsi tips secara langsung kepada para penyelidik USM untuk menjawab panggilan kertas kerja dengan tepat dan jelas.

Landskap penyelidikan sekarang tidak lagi hanya menekankan kepada penyelidikan yang bersifat fundamental, tetapi pembangunan penyelidikan serta inovasi yang terhasil perlu bergerak kepada komersialisasi & ekonomi. Sehubungan dengan itu, sesi perkongsian sebegini diharapkan dapat memberi pemahaman yang jelas kepada penyelidik USM untuk bergerak daripada penyelidikan berbentuk fundamental kepada yang mempunyai kepentingan kepada negara dan seterusnya mempunyai nilai komersial. 

Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya, pihak kami telah menjemput YBhg. Profesor Dato' Ir. Dr. Faisal Rafiq Bin Mahamd Adikan, FASc. selaku Ketua Panel yang telah membangunkan Calls for Proposals di bawah untuk membuat perkongsian mengenai Tips Menjawab Panggilan Kertas Kerja bagi Permohonan RUTrans 2023 dan bagaimana penyelidik USM boleh membina strategi untuk melakukan penyelidikan yang lebih berimpak.  

Oleh yang demikian, pihak RCMO berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof.Madya/Dr./tuan/puan menghadiri program ini seperti ketetapan berikut: 

 

Tajuk

:

Tips Menjawab Panggilan Kertas Kerja Bagi Permohonan RUTrans 2023:

CALL 7: Solar Panel Waste Disposal: Early Preparations in Managing Toxic Waste from Used Solar Panels

Tarikh

:

23 November 2023 (Khamis)

Masa

:

10.00 pagi – 11.00 pagi

Pautan webex

:

https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=mb69856349f5df17c0a41acd936620930

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mendaftar kehadiran melalui pautan ini https://forms.office.com/r/GysbxCJhnA atau Kod QR dalam poster yang dilampirkan selewat-lewatnya pada 22 November 2023 (Rabu) untuk tindakan kami selanjutnya. Mata CPD akan diberikan kepada staf USM yang hadir ke program ini.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan atas kesudian menerima dan meluangkan masa bagi memenuhi jemputan ini. 

Terima kasih.

  • Hits: 101

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my