Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH “UNESCO-CARLOS J. FINLAY PRIZE FOR MICROBIOLOGY”

HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH “UNESCO-CARLOS J. FINLAY PRIZE FOR MICROBIOLOGY”

eposter UNESCO CARLOS J.FINLAY PRIZE FOR MICROBIOLOGY

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima pelawaan menerusi Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bagi Negara anggota untuk mengemukakan pencalonan bagi UNESCO-Carlos J. Finlay Prize for Microbiology. Pencalonan terbuka untuk semua individu, institusi dan badan-badan organisasi yang aktif dalam memberi sumbangan terhadap bidang mikrobiologi melalui penyelidikan atau pencapaian yang berkaitan dengannya.

Setiap agensi perlu menyelaras pencalonan yang diterima dan pencalonan yang boleh dikemukakan adalah terhad kepada dua (2) pencalonan daripada setiap agensi. Pencalonan ini perlu dikemukakan kepada JKTPT, SKUM terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya melalui emel adilla.halim@mohe.gov.my sebelum atau pada 4 Oktober 2023 (Rabu). Setiap pencalonan juga perlu diiringi maklumat seperti di bawah:

a.  Penerangan berkenaan latar belakang dan pencapaian calon;
b.  Rumusan kerja dan aktiviti / hasil kerja dan aktiviti, penerbitan serta dokumen-dokumen sokongan lain yang signifikan; dan
c.  Penerangan berkenaan sumbangan calon dalam mencapai objektif Prize

Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah dimohon untuk menyebarluaskan pemakluman berhubung tawaran ini di peringkat agensi masing-masing. Bersama ini turut dimajukan surat yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian tuan/puan. Untuk pertanyaan lanjut mengenai anugerah ini, mohon dikemukakan terus kepada Puan Nur Arina Illyani bin Jasri di talian 03-88846111 atau di alamat emel arina.jasny@moe.gov.my.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan. Segala perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian. 

  • Hits: 138

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my