Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) MALAYSIA-SPAIN INNOVATING PROGRAMME (MySIP) TAHUN 2023

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) MALAYSIA-SPAIN INNOVATING PROGRAMME (MySIP) TAHUN 2023

eposter MALAYSIA SPAIN IINOVATING PROGRAMME

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI) Sepanyol akan melaksanakan Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) tahun 2023 di bawah inisiatif Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAiR). Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:

a) Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);
b) Knowledge-based Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan);
c) Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju);
d) Health (Kesihatan);
e) Electrical & Electronics (Elektrikal & Elektronik);
f)  Aerospace (Aeroangkasa); dan
g) Smart Agriculture (Pertanian Pintar).

Program ini merupakan satu program untuk menggalak dan mempromosi pembangunan penyelidikan dan teknologi yang didorong oleh pasaran (market-driven) serta untuk menggalakkan kerjasama dan projek kerjasama penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) di antara entiti  dari kedua-dua negara melalui pembiayaan secara padanan daripada JPT, MIGHT dan CDTI. Peruntukan bagi penyelidik daripada Universiti Awam (UA) adalah di bawah pembiayaan JPT, peruntukan rakan industri Malaysia di bawah pembiayaan MIGHT manakala peruntukan bagi rakan industri Sepanyol adalah di bawah pembiayaan CDTI.

Permohonan projek perlu berasaskan industri dan berorientasikan pasaran iaitu kerjasama yang dibangunkan adalah berteraskan kerjasama teknologi bersama di antara syarikat, organisasi penyelidikan, akademik di Malaysia dan rakan industri (start-ups, PKS dan syarikat besar) di Sepanyol melibatkan pembangunan atau penambahbaikan yang penting (substantial) terhadap produk, proses atau perkhidmatan. Permohonan bagi program ini mestilah melibatkan penyelidik daripada UA dan industri Malaysia serta rakan industri daripada Sepanyol. Ahli projek perlu menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan sepertimana Garis Panduan MYSIP 2023.Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan rakan kolaborasi menggunakan templat permohonan yang disediakan;

  • Permohonan perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan dimajukan kepada urus setia sebelum atau pada 11 Januari 2024 (Khamis) jam 5.00 petang melalui laman sesawang MIGHT https://applications.might.org.my/e/mysip, e-mel ke irnisyuhada@usm.my dan yananajwa@usm.my 
  • Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Ketua Projek (PI) Sepanyol melalui laman sesawang CDTI;
  • Pemohon adalah dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma seperti di Annex 3. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT;
  • Pemohon perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) industri Malaysia dan Sepanyol. Pihak Kementerian tidak dapat membantu dalam mengenalpasti rakan kerjasama tersebut. Bukti persetujuan untuk bekerjasama perlu dilampirkan bersama permohonan;
  • Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu mengumpul dan mengemukakan permohonan dari Institusi masing-masing secara bersekali. Senarai keseluruhan permohonan (masterlist – Annex 4) perlu dihantar bersama; dan
  • Penilaian dalaman Institusi tidak perlu dilaksanakan.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Lampiran :

  1. Annex 2-4
  2. Bilateral Application Form_MIGHT_MOHE_CDTI 2023
  3. MYSIP_Consortium Agreement Model
  • Hits: 573

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my