Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • PELAWAAN UNTUK MENYERTAI INTERNATIONAL TRAINING PROGRAMME ON "LOW-COST TECHNOLOGIES FOR ARSENIC REMOVAL FROM GROUNDWATER" PADA 5 – 6 SEPTEMBER 2023 DI CAIRO, EGYPT

PELAWAAN UNTUK MENYERTAI INTERNATIONAL TRAINING PROGRAMME ON "LOW-COST TECHNOLOGIES FOR ARSENIC REMOVAL FROM GROUNDWATER" PADA 5 – 6 SEPTEMBER 2023 DI CAIRO, EGYPT

eposter PGTF Int Training Programme on Arsenic Removal 0500923 v2

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia telah menerima pelawaan untuk menyertai International Training Programme On "Low-Cost Technologies For Arsenic Removal From Groundwater" pada 5 – 6 September 2023 anjuran bersama Centre of Science and Technology of the Non-Aligned and Other Developing Countries (NAM S&T Centre), New Delhi serta kerjasama bersama Academy of Scientific Research & Technology (ASRT), Egypt dan the National Research Centre (NRC) of Egypt.

Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, topik yang akan dibincangkan semasa bengkel ini diadakan adalah seperti berikut:

  • Arsenic Exposure on Food and Water in Developing Countries;
  • Health Issues due to Arsenic Contamination;
  • Water Purification Technologies Currently being used in Various Countries;
  • Technological Options for Removal of Arsenic from Groundwater; Non-conventional, low-cost removal methods for water treatment;
  • Cost effective materials for water treatment;
  • Innovation in water treatment technology;
  • New technologies in water desalination;
  • Any other relevant issues. 

Maklumat lanjut mengenai bengkel ini adalah seperti di Lampiran 1.

Berhubung perkara ini, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai di Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Pegawai yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan (seperti di Lampiran 2), serta dokumen sokongan yang berkaitan (dalam format MS Word) kepada shafiqahshaherra@mosti.gov.my dan cplee@mosti.gov.my selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 4 Ogos 2023 (Jumaat), bagi tujuan saringan dan pengesahan oleh MOSTI selaku Focal Point NAM S&T Centre di Malaysia. Adalah dimaklumkan permohonan yang berjaya akan dihubungi terus oleh pihak NAM S&T Centre selaku penganjur bagi bengkel ini. 

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Salam Hormat.

  • Hits: 280

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my