Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • News
  • USM CIPTA LED CEKAP TENAGA BERTARAF DUNIA

USM CIPTA LED CEKAP TENAGA BERTARAF DUNIA

IMG 20230322 WA0006

USM PULAU PINANG, 22 Mac 2023 – Para penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR), Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan diod pemancar cahaya (LED) yang mempunyai kecekapan pencahayaan puncak setinggi 207 lm/W, menghampiri prestasi LED terkemuka di pasaran dunia.

Teknologi LED yang dibangunkan INOR itu jauh lebih cekap tenaga berbanding lampu tradisional dan dalam jangka panjang, ia membantu mengurangkan penggunaan tenaga serta kos tenaga, dan meningkatkan kualiti hidup pengguna.

WhatsApp Image 2023 03 22 at 3.55.38 PM

Pengarah INOR, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Zamir Pakhuruddin berkata, pencapaian yang amat signifikan itu adalah hasil usaha kolaboratif selama bertahun-tahun dalam program GaN-on-GaN (GoG) dengan Pemenang Hadiah Nobel Fizik 2014, Profesor Dr. Shuji Nakamura daripada University of California Santa Barbara (UCSB) dan juga pihak industri seperti ams OSRAM dan lain-lain, melalui Collaborative Research in Engineering, Science and Technology Centre (CREST).

“Kejayaan penyelidik-penyelidik INOR itu juga secara tidak langsung membuktikan kemampuan penyelidikan LED perdana di Malaysia dengan mengaplikasikan model 'quadruple helix', melalui kerjasama akademia, rakan industri, kerajaan dan juga masyarakat.

“Pencapaian ini juga menunjukkan kemampuan teknologi yang dibangunkan oleh universiti tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, kejayaan membanggakan itu akan membawa kepada penubuhan syarikat spin-off INOR yang mampu mengkomersilkan teknologi dan menarik pelaburan langsung asing dalam industri elektrik dan elektronik negara (sektor LED).

“Ia secara tidak langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan di Malaysia dan dapat meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhannya,” jelasnya.

Mohd Zamir turut menegaskan, sejak bermulanya program GoG pada tahun 2016, terdapat beberapa penemuan baru bagi teknologi berkaitan penumbuhan epitaksi LED.

Penemuan-penemuan itu menurutnya telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi serta difailkan dalam bentuk paten dan berpotensi untuk diadaptasi kepada industri berkaitan.

LED mempunyai kegunaan yang meluas dalam kehidupan masyarakat pada hari ini termasuk dalam peranti elektronik seperti telefon bimbit, TV dan komputer riba.

WhatsApp Image 2023 03 22 at 3.55.38 PM 1

Selain itu, ia juga digunakan dalam peralatan rumah seperti lampu hiasan, lampu isyarat jalan raya dan lampu suluh. LED juga memberikan kelebihan dari segi penggunaan tenaga yang lebih rendah, cekap dan lebih tahan lama berbanding dengan lampu biasa.

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/8688-usm-cipta-led-cekap-tenaga-bertaraf-dunia

  • Hits: 1928

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my