Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • News
  • MELAWAN ANCAMAN VIRUS - KERATAN HARIAN METRO ONLINE 15 MAC 2023

MELAWAN ANCAMAN VIRUS - KERATAN HARIAN METRO ONLINE 15 MAC 2023

poster melawan ancaman virusV2

Di persekitaran kita ada jutaan kuman yang dianggarkan melebihi daripada sel badan manusia. Kebanyakan kuman itu tidak berbahaya malah boleh membantu melindungi imun badan daripada terkena jangkitan kuman. Namun, sebahagian daripada kuman itu juga boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Pada masa sama ada sistem yang melindungi badan daripada terkena jangkitan kuman.

Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Zakuan Zainy Deris berkata, penyakit berjangkit adalah kecelaruan fungsi badan disebabkan kuman dan ia adalah makhluk kecil yang boleh merebak terdiri daripada kumpulan virus, bakteria, kulat dan parasit.

"Virus biasanya dirujuk sebagai bahan boleh berjangkit yang paling kecil, bersaiz sekitar 10 hingga 500 nanometer (nm) dan tidak dapat dilihat dengan mikroskop biasa, tetapi boleh dilihat dengan mikroskop elektron.

"Ia tidak boleh hidup secara bersendirian, tetapi memerlukan sel organisma lain untuk hidup. Contohnya penyakit yang disebabkan virus adalah Human Immunodeficiency Virus (HIV), hepatitis, denggi dan campak," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM berkata, secara umumnya, tanda seseorang dijangkiti kuman adalah berbeza mengikut jenis kuman dan tempat dijangkiti. Contohnya demam adalah tanda umum untuk kebanyakan jenis jangkitan, tetapi bukan semua penyakit berjangkit menyebabkan demam.

"Ia adalah satu bentuk tindak balas badan dalam menghadapi kuman. Namun, kelebihan kuman adalah ia boleh mengehadkan kecederaan disebabkan kuman dan pada masa sama memberikan amaran kepada empunya badan bahawa sesuatu kecederaan berlaku pada badan serta memerlukan perhatian perubatan.

"Sebagai langkah pencegahan, individu itu perlu mengenal pasti bagaimana kuman merebak.

"Secara umumnya, ada tiga cara jangkitan yang biasa berlaku iaitu pertama jangkitan melalui sentuhan, kedua jangkitan melalui udara dan ketiga adalah melalui perantara binatang dan serangga," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zakuan berkata, selain langkah pencegahan orang ramai turut dinasihati supaya mengambil vaksin sekiranya ada vaksin bagi penyakit berjangkit yang dihidapi.

"Vaksin berfungsi untuk memperkenalkan kuman kepada sistem imun seseorang dan seterusnya sistem imun individu yang mengambil vaksin itu akan bersedia melawan ancaman kuman berkenaan di masa hadapan.

"Ubat antikuman atau antibiotik tidak boleh mengambil peranan vaksin dalam pencegahan penyakit berjangkit," katanya.

https://www.hmetro.com.my/amp/WM/2023/03/945746/melawan-ancaman-virus

  • Hits: 1511

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my