Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

ICGEB RESEARCH GRANTS 2023

Untitled
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi.

3.       ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2023. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:
(i)       Basic Life Sciences
(ii)      Human Healthcare;
(iii)     Industrial & Agricultural Biotechnology; dan
(iv)     Bioenergy.

4.       Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2023/01/CRP-Guidelines_2023.pdf. Antara permohonan geran CRP-ICGEB Research Grants yang telah terpilih pada tahun 2021 berkaitan kajian terhadap penyakit berjangkit, kanser, penyakit metabolik dan genetik, sains tumbuhan, imuniti, genetik, dan aplikasi bioteknologi adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2023/01/Layman_for_Web-2021_REV.pdf

5.       Sehubungan itu, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan sekiranya berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Semua permohonan bolehlah dilaksanakan secara online di link https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2023 (Ahad). Garis panduan bagi permohonan atas talian boleh dirujuk di pautan https://www.icgeb.org/wpcontent/uploads/2023/01/CRP_online_submission_guidelines_Jan2023_FV.pdf.

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saya di 03-8885 8664 (Puan Siti Zuhaini Abd Samah). 

Sekian, terima kasih. 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

PROF. DR. ZAINOVIA LOCKMAN
PENGARAH
PEJABAT PENGURUSAN DAN KREATIVITI PENYELIDIKAN (RCMO)
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM, PULAU PINANG
 
 
  • Hits: 201

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my