Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • HEBAHAN DAN JEMPUTAN MENYERTAI "REVOLVING RAIL INDUSTRIES TOWARDS SUSTAINABILITY - MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022"

HEBAHAN DAN JEMPUTAN MENYERTAI "REVOLVING RAIL INDUSTRIES TOWARDS SUSTAINABILITY - MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022"

Sukacita dimaklumkan, Metro System Academy (MSA) UTHM dengan kerjasama Malaysia Rail Development Corporation (MRDC) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT),  Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp. Sdn. Bhd), GAMUDA Engineering Sdn. Bhd., Meinhardt (Malaysia) Sdn. Bhd., International Union of Railways Asia Pacific (UIC), International Green Trends Cockpit Sdn. Bhd. (IGTC) dan Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) akan menganjurkan satu simposium antarabangsa yang bertemakan "Revolving Rail Industries Towards Sustainability" melalui MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022. 

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh        :     12 Disember 2022
Masa          :     8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat      :     MSA Training Centre, Kwasa Damansara, Sg. Buloh, SELANGOR (KVMRT Training Centre)
Yuran         :     RM300 (Early Bird - Sebelum 5 Disember)   |   RM450 (Harga Biasa)

Sehubungan itu, MSA UTHM berbesar hati dan menghargai kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Ir./Ts. untuk menyertai dan menjayakan program MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022 ini yang akan membincangkan strategi dan perancangan terkini serta bertukar pandangan dan buah fikiran berkenaan hala tuju industri rel negara, pembangunan sumber manusia dan rel mampan menjelang 2030, penyelidikan dan teknologi dan ketersambungan industri rel melangkaui ASEAN dengan menghimpunkan pemegang taruh terdiri daripada pihak kerajaan, pemain industri, ahli akademik, para penyelidik dan penuntut IPT. 

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi pautan https://forms.gle/k81N8hWYN6qfCP6A7 atau mengunjungi laman sesawang MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022 di msa-symposium.com. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ahmad Husaini Mohamad Tajudin di talian 07 – 456 4868 (Ahad - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang).

  • Hits: 234

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my