Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

ARTICLE PROCESSING CHARGE

ARTICLE PROCESSING CHARGE updated August  09th 2024

Usaha menerbitkan hasil penyelidikan di dalam jurnal berimpak adalah antara hasilan utama kebanyakan geran penyelidikan yang diminta oleh penaja. Penerbitan di dalam jurnal berimpak yang tersenarai sebagai jurnal di dalam rank quartile 1 atau 2 (Q1/2) juga adalah selaras dengan keperluan MyRA II Universiti Penyelidikan. Namun begitu Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (R&I) mendapati terdapat sebilangan jurnal yang mempunyai Article Processing Charge (APC) dengan jumlah yang besar.

Sebagai satu usaha membantu pembayaran APC, R&I telah mengambil initiatif untuk membiayai sebahagian daripada pembayaran APC penyelidik USM dengan jumlah RM 5,000.00 untuk penerbitan di dalam jurnal Q1 dan RM 3,000.00 di dalam jurnal Q2. Namun begitu, dana adalah terhad dan penyelidik disarankan memilih jurnal yang tidak mempunyai APC dahulu.

Kriteria dan syarat permohonan APC adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan hanya untuk artikel yang diterbitkan dalam jurnal Q1/Q2 bagi bidang sains dan bukan sains pada tahun semasa sahaja. Hanya Edisi Science Citation Index Expanded (SCIE) dan Social Science Citation Index (SSCI) sahaja yang akan dipertimbangkan untuk Pembiayaan Article Processing Charges (APC).
  • Permohonan APC tidak akan dipertimbangkan untuk penerbitan daripada Hindawi, Frontier dan MDPI berkuat kuasa serta merta seperti mana arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  • Jurnal bertaraf Q1 dan Q2 mestilah tersenarai dalam Journal Citation Report (JCR) dan kedudukan quartile dirujuk daripada Journal Impact Factor (JIF) (bukan Journal Citation Index (JCI)) yang dikeluarkan oleh JCR mengikut tahun semasa. 
  • Jika APC melebihi RM 5,000 (bagi jurnal Q1) atau RM 3,000 (bagi jurnal Q2), penyelidik hendaklah memastikan ada dana yang mencukupi untuk menampung baki. Baki perlu dibayar sendiri oleh penyelidik melalui geran penyelidikan atau sumber lain. Jumlah bantuan yang diberikan R & I adalah muktamad.
  • Bantuan pembiayaan APC ini adalah untuk ahli akademik USM sebagai penulis koresponden sahaja dan untuk Pegawai Q sebagai penulis pertama dengan ahli akademik USM sebagai penulis koresponden sahaja.
  • Bagi penerbitan yang mempunyai lebih dari seorang penulis koresponden (selain USM), kadar pembiayaan akan diberi mengikut budi bicara dan peruntukan yang ada. Ini bertujuan agar pembiayaan tersebut juga dapat ditanggung atau disokong bersama oleh penulis koresponden dari institusi luar (selain USM).
  • Penyelidik juga perlu mendapat persetujuan penulis korespoden lain untuk sama-sama membiayai penerbitan tersebut dan perlu mengemukakan bukti perkongsian tersebut ke Bahagian ini.
  • Borang yang lengkap di isi beserta dengan dokumen yang diperlukan (termasuk bukti penerimaan kertas kerja daripada jurnal, salinan invois beserta salinan laporan JIF jurnal tersebut daripada JCR) yang telah mendapat kelulusan ketua PTJ hendaklah dihantar kepada Urusetia APC RCMO untuk proses kelulusan. Kelulusan permohonan akan diberikan setelah semua semakan dibuat dan bergantung kepada baki dana yang ada. Pembayaran tidak boleh dibuat serta-merta.
  • Jika penyelidik perlu membuat pembayaran segera, penyelidik digalakkan membuat sendiri pembayaran terlebih dahulu dan mengemukakan Borang Tuntutan Imbuhan ke RCMO.
  • APC dibuka sepanjang tahun dan akan digunakan sehingga dana yang diperuntukan habis.

Jika jurnal yang dipilih mempunyai pilihan menerbit percuma (langganan untuk membaca) atau berbayar (Open access)penyelidik tidak boleh memohon opsyen membayar APC semata-mata untuk mendapatkan Open access.

Bantuan pembiayaan ini tidak membiayai caj lebihan muka surat (page charges) yang dikenakan oleh penerbit disebabkan melebihi had muka surat yang ditetapkan.

Penyelidik juga diingatkan untuk tidak menerbit di dalam jurnal yang diragui dan ada tersenarai dalam senarai jurnal pemangsa. Antara contoh boleh dilihat daripada pautan https://lib.usm.my/index.php/academicians-researchers/scholarly-publishing-guide?view=article&id=293&catid=35

 

  • Hits: 6666