Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

PENCALONAN ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2024

eposter PENCALONAN ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2024

PENCALONAN BAGI:
1. ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (BIOLOGI) TAHUN 2024;
2. ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (FIZIK) TAHUN 2024;
3. ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (KIMIA) TAHUN 2024;
4. ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (PERUBATAN) TAHUN 2024; DAN
5. ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (KEJURUTERAAN) TAHUN 2024
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian oleh saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi melalui Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2024 bagi lima (5) kategori iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan.
 
Dalam hal ini, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) amat menggalakkan agar YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof. dapat mengemukakan pencalonan yang berkelayakan dari institusi masing – masing untuk dianugerahkan sebagai Saintis Muda Negara Tahun 2024 bagi kategori Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan. Calon-calon mestilah memenuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
 
Perincian lebih lanjut mengenai syarat-syarat dan peraturan Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2024 bagi kategori Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan serta urusan pencalonan adalah secara atas talian pada pautan https://tinyurl.com/AnugerahSaintisMudaNegara2024Pencalonan perlu memuat turun fail Dokumen Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2024. Pencalonan berserta dokumen lengkap hendaklah dikemukakan melalui emel kepada muhammadmuaz@mosti.gov.my sebelum atau pada 13 September 2024 (Jumaat).
 
 
Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof. dalam hal ini amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.

 

  • Hits: 471

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my