Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

PELAWAAN PERMOHONAN ANUGERAH SANGGAR SANJUNG 2023

 

eposter PELAWAAN PERMOHONAN ANUGERAH SANGGAR SANJUNG 2023

Seperti YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan sedia maklum, Anugerah Sanggar Sanjung merupakan penghargaan dan pengiktirafan Universiti kepada semua staf yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia [staf tetap, felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) dan staf kontrak termasuk staf kehormat dan staf FSRS] yang telah mencapai kecemerlangan akademik dalam bidang penyelidikan, penerbitan atau mendapat pengiktirafan dalam aspek ketokohan dan kreativiti.

Pada tahun ini, Anugerah Sanggar Sanjung dibahagikan kepada sepuluh (10) kategori seperti berikut:

(i)      Kategori Ketokohan
(ii)     Kategori Penerbitan Jurnal
(iii)    Kategori Penerbitan Buku
(iv)    Kategori Pengkomersialan Produk Penyelidikan
(v)     Kategori Paten
(vi)    Kategori Kreativiti
(vii)   Kategori Geran Penyelidikan Antarabangsa
(viii)  Kategori Geran Penyelidikan Industri
(ix)    Anugerah Penyelidik Harapan
(x)     Anugerah Canselor

Sehubungan itu, staf USM yang berkelayakan dan memenuhi syarat adalah dipelawa untuk memohon dengan melayari laman web https://mass.usm.my.

Bersama ini juga dilampirkan syarat & kriteria permohonan sebagai panduan. Tarikh tutup permohonan adalah pada jam 5.00 petang, 26 Julai 2024 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan/atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan boleh menghubungi pihak Urusetia iaitu Encik Muhamad Nizam Saad di talian 04-562 2677 dan Puan Noor Adnie Bajuri di talian 04-653 6549.

Saya amat berbesar hati sekiranya YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua staf di PTJ masing-masing.  Di atas kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

  • Hits: 66

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my