Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • PANGGILAN KERTAS PENYELIDIKAN SEMPENA KOLOKIUM PENYELIDIKAN INTAN TAHUN 2024

PANGGILAN KERTAS PENYELIDIKAN SEMPENA KOLOKIUM PENYELIDIKAN INTAN TAHUN 2024

eposter PANGGILAN KERTAS PENYELIDIKAN SEMPENA KOLOKIUM PENYELIDIKAN INTAN TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara, INTAN Bukit Kiara dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan (JPA) serta kolaborasi bersama Universiti Malaya-Wales (UM-Wales) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Kolokium Penyelidikan 2024 (KP 2024) pada 10-11 Julai 2024 (Rabu hingga Khamis).

Untuk makluman YBhg. Datuk Dr./Dato' Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan, salah satu acara utama dalam KP 2024 ialah Pembentangan Kertas Kajian bagi menyemarakkan budaya penyelidikan, pembangunan dan inovasi khususnya dalam perkhidmatan awam. Sehubungan itu, INTAN amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg. Datuk Dr./Dato' Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat mewar-warkan undangan kepada kakitangan dan pelajar untuk menyertai program ini.

Bersama-sama ini turut dilampirkan poster hebahan Panggilan Pembentangan Kertas Kajian dan Aturcara program untuk diwar-warkan di Jabatan/Institusi YBhg. Datuk Dr./Dato' Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd2mQiteNrIwge-MoXkk4tvARYt0SGtgcDZaNRG0V4NC8SWLg/viewform 

Garis Panduan Pembentangan Penyelidikan dan Penulisan Kertas Penyelidikan boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://bit.ly/PANDUAN_PEMBENTANGANKP2024

Untuk maklumat lanjut boleh hubungiNur Hidayatul Pathi Binti Abdullah di talian: 03 - 2084 7649 | E-mel: hidayatul@intanbk.intan.my

Kerjasama YBhg. Datuk Dr./Dato’ Dr./YBrs. Dr./tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 59

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my