Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Event
  • PROGRAM JERAYAWARA SKIM DANA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

PROGRAM JERAYAWARA SKIM DANA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

eposter PROGRAM JERAYAWARA SKIM DANA MOSTI

Bahagian Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengadakan satu Program Jerayawara untuk memberi penerangan dan mempromosikan geran Dana R&D MOSTI kepada kumpulan sasaran berkaitan skim dana yang ditawarkan, kriteria kelayakan, cara permohonan dana dan lain–lain maklumat berkaitan.

Program ini turut menyediakan sesi konsultasi antara peserta bersama Pegawai Bahagian Dana selepas sesi penerangan diadakan. Program ini juga akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh :  2 Mei 2024 (Khamis)
Masa :  8.30 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat  Dewan Bankuet, Canselori II, Bangunan E42, USM
Kehadiran :  Fizikal

Oleh itu, YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri sesi taklimat dan diminta untuk mengesahkan kehadiran di pautan yang disediakan https://forms.office.com/r/P7WqFz1MCL selewat-lewatnya pada hari ini, 29 April 2024 jam 12.00 tengah hari. Bersama-sama ini turut dimajukan Tentatif Program untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini, YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi dengan Puan Irni Syuhada Ibrahim di talian 04-6536544 (e-mel: irnisyuhada@usm.my) atau Puan Noor Shaheeda Maxtar di talian 04-6536545 (e-mel: noorshaheeda@usm.my).

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 73

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my