Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PERMOHONAN PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI (HICoE) TAHUN 2024

PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PERMOHONAN PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI (HICoE) TAHUN 2024

eposter PEMBUKAAN PERMOHONAN HICOE 2024

 

Program Pusat Kecemerlangan   Pendidikan Tinggi (HICoE) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membantu   lnstitusi   Pendidikan   Tinggi (IPT) mencapai kecemerlangan dalam   penyelidikan    bidang   nic.   Program   ini   memberi   penarafan  kepada Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) di IPT yang berkelayakan bagi memacu   kecemerlangan penyelidikan   serta   perkhidmatan   dan   seterusnya menjadi pakar rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.

Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, permohonan HICoE 2024 bagi dua (2) teras utama iaitu Teras Penyelidikan dan Inovasi serta Teras Perkhidmatan adalah tertumpu kepada empat belas (14) bidang nic seperti berikut:

14 BIDANG NIC

i.

Makanan

Food

viii.

Persekitaran dan Perubahan Iklim

Environment and Climate Change

ii.

Tenaga

Energy

ix.

Pengangkutan dan Mobiliti

Transportation and Mobility

iii.

Tanaman Perladangan

Plantation Crops

x.

Pendidikan

Education

iv.

Keselamatan Siber

Cyber Security

xi.

Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan

Business and Financial Services

v.

Air

Water

xii.

Budaya dan Industri Kreatif

Creative Culture and Industry

vi.

Biodiversiti

Biodiversity

xiii.

Teknologi dan Sistem Pintar

Smart Technology and System

vii.

Penjagaan Kesihatan dan Perubatan

Healthcare and Medicine

xiv.

Pengetahuan dan Penemuan Sains Terkehadapan

Knowledge and Discovery of Frontiers

Permohonan HICoE dibuka mulai 5 Februari 2024 sehingga 29 Februari 2024 dan segala maklumat serta dokumentasi berkaitan permohonan boleh dimuat turun melalui sesawang KPT http://www.mohe.gov.my atau http://tinyurl.com/HICoE . Setiap permohonan perlu disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) terlebih dahulu sebelum ianya dikemukan kepada pihak JPT.

Sukacita untuk menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan dokumentasi kepada pihak KPT. Dokumentasi berkaitan permohonan haruslah dikemukakan secara softcopy menerusi pemacu pena (thumb drivepen drive) dan satu salinan hardcopy selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 jam 5.00 petang. Sebarang kelewatan penghantaran dokumentasi akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.

Adalah diingatkan bahawa CoE yang sedang melaksanakan penyelidikan Konsortium Kecemerlangaan Penyelidikan (KKP) adalah tidak dibenarkan untuk memohon sebagai HICoE.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh emelkan kepada irnisyuhada@usm.my dan  yananajwa@usm.my.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

  • Hits: 91

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my