Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

HEBAHAN PEMBUKAAN PROGRAM APEX YOUNG SCHOLAR (AYS) 2023

eposter HEBAHAN PEMBUKAAN PROGRAM APEX YOUNG SCHOLAR AYS 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) mempelawa penyelidik yang berminat dan menepati kriteria bagi Program APEX Young Scholar (AYS) 2023. Program ini bakal merangkumi tiga (3) fasa iaitu:

  1. Pensyarah muda yang terpilih akan menyertai program kompetensi penyelidikan (RCP);
  2. Mereka yang layak akan membentuk kumpulan dan seterusnya akan menganjurkan satu siri APEX YS Research Café;
  3. Kumpulan penyelidik ini kemudiannya akan dijemput bagi membuat permohonan geran APEX Excellence in Research Award (APEX ERA).

Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama penyelidik yang berminat untuk mengisi Borang Penyertaan (tanpa meletakkan sebarang password/ not password protected) yang dilampirkan beserta pengesahan Ketua PTJ (Dekan/Timb. Dekan) dan menghantar kepada pihak sekretariat Puan Nor Farah Shaik Omar melalui emel nor_farah@usm.my sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 September 2023, 5.00 petang.          

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr. dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 264

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my