Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PENYELIDIK MUDA MALAYSIAN RESEARCH UNIVERSITY NETWORK (MRUN) (MROGS) 2023

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PENYELIDIK MUDA MALAYSIAN RESEARCH UNIVERSITY NETWORK (MRUN) (MROGS) 2023

eposter TAKLIMAT SKIM GERAN PENYELIDIKAN PENYELIDIK MUDA MALAYSIAN RESEARCH UNIVERSITY NETWORK MRUN MROGS 2023

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Research University Network (MRUN) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pegawai Penyelidik MRUN 2023 kepada pegawai penyelidik di Universiti Penyelidikan Malaysia. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara manual iaitu dengan mengisi borang permohonan yang disediakan (dalam lampiran) oleh pihak urusetia dan mengemukakan permohonan tersebut melalui RCMO sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 Ogos 2023, Khamis (12 tengah harimelalui pautan Google Form.

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

a.       Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua Pegawai penyelidik yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan yang dilampirkan

b.    Pegawai Penyelidik dibenarkan untuk mengemukakan maksimum dua (2) cadangan penyelidikan dengan syarat projek dan aktiviti yang dicadangkan  adalah berbezaNamun begituPegawai penyelidik hanya dibenarkan untuk mengetuai salah satu (1) geran dan membuat pilihan sekiranya kedua-dua permohonan geran diluluskan pada tahun tersebut.

c.       Siling permohonan MROGS adalah RM30,000.00 bagi tempoh dua (2) tahun penyelidikan.

d.     Setiap permohonan dimestikan untuk mematuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan MROGS dan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak urusetia akan mengadakan satu sesi taklimat secara dalam talian bagi memberikan maklumat terperinci kepada Pegawai Penyelidik yang berminat untuk memohon geran berkenaan. Maklumat taklimat adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 11 Julai 2023
Masa: 10.00 Pagi- 11.00 Pagi
Medium: Webex :Taklimat MROGS 2023

Sehubungan dengan ituperhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. /Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai sesi taklimat bagi pembukaan  geran MROGS iniSukacita diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan melalui RCMO mestilah lengkapberkualiti dan mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. MRUN berhak untuk menolak mana-mana permohonan atau institusi yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria yang telah  ditetapkan. Kerjasama dan perhatian YBhg. /Datuk/Dato’/Prof./ Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekianterima kasih.                                      

  • Hits: 174

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my