Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Research Matters
  • PERMOHONAN UNESCO /POLAND CO-SPONSORED FELLOWSHIPS PROGRAMME IN ENGINEERING EDISI 2023

PERMOHONAN UNESCO /POLAND CO-SPONSORED FELLOWSHIPS PROGRAMME IN ENGINEERING EDISI 2023

csm 2023A baner 8f9f7d675f

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UNESCO telah mempelawa untuk mengemukakan pencalonan bagi permohonan UNESCO/Poland co-Sponsored Fellowships Programme in Engineering Edisi 2023 (seperti di Annex II). Untuk makluman, sebanyak 30 fellowship dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan ditawarkan oleh Kerajaan Poland dengan kerjasama UNESCO di Paris. Penerima fellowship akan diberi peluang untuk menyertai program penyelidikan secara individu di AGH University of Science and Technology di Krakow, Poland bagi tempoh 6 bulan bermula 2 Oktober 2023. Syarat-syarat kelayakan akademik dan senarai bidang penyelidikan yang ditawarkan mengikut rantau adalah seperti di Annex I dan III. 

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua untuk menyebarluaskan hebahan ini kepada pegawai di bahagian/jabatan/agensi di bawah seliaan YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan. Pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan lengkap (seperti di Information Sheet) yang menepati syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan kepada skum.bha@moe.gov.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 16 Mei 2023 (Selasa) untuk tindakan selanjutnya.

Bersama-sama ini dilampirkan borang permohonan untuk perhatian semua. Kerjasama semua dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

  • Hits: 92

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my