Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • News
  • PENERIMA-PENERIMA DANA GERAN PENYELIDIKAN KPT 2023 USM DIRAIKAN

PENERIMA-PENERIMA DANA GERAN PENYELIDIKAN KPT 2023 USM DIRAIKAN

eposter PENERIMA PENERIMA DANA GERAN PENYELIDIKAN KPT 2023 USM DIRAIKAN

USM PULAU PINANG, 3 Oktober 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed baru-baru ini telah meluangkan masa untuk mengadakan sesi perjumpaan bersama penerima-penerima Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Majlis Penghargaan dan Sesi Taklimat Penawaran Dana Penyelidikan, KPT Tahun 2023 yang dianjurkan khas oleh Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Pelinggam Cahaya, Pusat Pengajian Seni USM adalah untuk meraikan penyelidik-penyelidik USM yang menerima skim geran penyelidikan KPT, iaitu Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Prototype Research Grant Scheme (PRGS) dan Transdisciplinary Research Grant Scheme (TRGS).

Pada tahun ini, USM telah mencatatkan rekod penerima FRGS dan PRGS yang paling tinggi dalam kalangan Universiti Penyelidikan (RU).

Data bagi Geran FRGS menunjukkan seramai 139 penerima berjaya memperoleh geran dengan nilai sebanyak RM17,910,196.00, dan bagi Geran PRGS pula, seramai tujuh (7) penerima berjaya memperoleh geran dengan nilai sebanyak RM1,403,395.00.

eposter PENERIMA PENERIMA DANA GERAN PENYELIDIKAN KPT 2023 USM DIRAIKAN II

Dalam masa yang sama, Naib Canselor turut memberikan taklimat dalam majlis tersebut dan menekankan aspek pemantauan geran walaupun USM adalah penerima paling banyak geran FRGS.

“Saya ingin melihat pemantauan perlu dan terus dilaksanakan terutamanya oleh ketua jabatan terhadap para penyelidik di PTJ,” katanya.

Beliau juga menyampaikan sijil penghargaan kepada kesemua penerima dana geran penyelidikan KPT bagi tahun 2023.  

eposter PENERIMA PENERIMA DANA GERAN PENYELIDIKAN KPT 2023 USM DIRAIKAN III

Turut hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab, yang dalam ucapannya, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua penyelidik atas kejayaan memperolehi geran dana daripada KPT.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah RCMO, Profesor Dr. Zainovia Lockman; Timbalan Pengarah RCMO, Profesor Madya Dr. Mohd Hazwan Hussin; dan kesemua pegawai serta staf RCMO yang terlibat dalam permohonan dan pengurusan geran ini.

“Usaha yang dilaksanakan oleh pihak RCMO berkaitan permohonan geran-geran penyelidikan amatlah dihargai dan sewajarnya diteruskan,” ujar beliau.

Tambah Habibah, “semoga kejayaan ini akan berterusan dan usaha perlu digembleng dengan lebih padu supaya pada tahun hadapan, USM akan terus cemerlang dalam bidang penyelidikan.”

Teks: Siti Fatimah Abu Mansor/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Hits: 249

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my