Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • Event
  • JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI PROGRAM CERAMAH OLEH PROFESOR EMERITA DATUK DR. ASMA ISMAIL, FASC DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI PROGRAM CERAMAH OLEH PROFESOR EMERITA DATUK DR. ASMA ISMAIL, FASC DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

eposter PROGRAM CERAMAH PROFESOR EMERITA DATUK DR ASMA ISMAIL FASc USM 140823

TENTATIF PROGRAM CERAMAH

Dimaklumkan bahawa, Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia akan membuka Skim Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2023 dengan salah satu tema penyelidikan adalah berkaitan Planetary Well-Being.  

Sehubungan dengan itu, pihak RCMO telah menjemput YBhg. Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail, FASc untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan ilmu beliau kepada para penyelidik USM yang berminat untuk memohon geran RUTrans 2023 serta memahami dengan lebih jelas tajuk callfor proposals tersebut.

Dengan ini, pihak RCMO berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program ini. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tajuk 

:

Research On Planetary Well-Being 

Tarikh 

:

14 Ogos 2023 (Isnin)

Masa

:

10.00 pagi – 1.00 tengah hari 

Tempat

:

Dewan Persidangan Universiti (DPU) Kampus Induk, USM

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan juga, program ini akan diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal untuk Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus IPPT dan secara atas talian untuk Kampus Kesihatan sahaja.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs. Prof. atas kesudian menerima dan meluangkan masa bagi memenuhi jemputan ini.

Sekian.

  • Hits: 230

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my